Friday, November 23, 2012

Kisah 3rd Pregnancy

 Ha masa nih kami cuma berempat saje, baby dalam perot..nampak tak?hahahha
Since Cameela were born my life has become super busy! Mana taknye lepas Deen, hampir 5 tahun aku tak ngandong...tup tup aku ngandong semula..rasenye jauh sgt jarak ni sebab aku dah comfort hidup tanpa baby. Tulah dok tangguh tangguh kan dah lama sgt... Ingat lagi masa memula conceive aritu july 2011, masa memula dapat tau yg aku pregnant aku tertanya tanya eh boleh ke ni aku hadapi? Mmg kena teruskan le kan..masa ngandong cameela aritu..hidup aku padat dan active..boleh dikatakan semua tanggungjawab aku kena uruskan sebab en suami kerap outstation. Org kate sayangkan isteri tinggalkan...mmg kena tinggal selalu..paling lama 1 bulan paling kerap 2 minggu. 
 
Kebetulan pulak kat opis mase tu kena handle event utk client. Mmg ligat le aku ke sana ke mari. Jadual harian menjadi penoh: Pagi: bergegas hantar zahraa dan deen ke rumah babysitter pastu terus pegi keje. Tghri: waktu lunch bergegas kutip zahraa dr rumah babysitter hantar ke Genius Aulad wangsa maju Petang nak ke maghrib: kutip zahraa dan deen dr rumah babysitter bawak balik umah. Hwaaaa sgt penat dan ditambah dgn mabok first trimester...pengsan! 

Bila kandungan sudah masuk 5 bulan, opis aku tgh sibuk menguruskan workshop utk klien. Aku kira jadi org kuat yg kurang upaya...cemana tu? Arggghh kalau ingat hebat jugak peranan masa tu..tp bila difikir balik bluweeekkkk! Mana taknya aku kena travel ke melaka sebab event tu was held at melaka. Aku masa tu bukan setakat incharge registration for 152 govt klien from various agencies and PBT seluruh malaysia tetapi segala kerja belakang tabir semua aku tibai(dalam hati: semoga cameela kuat macam mama). Company aku mana ade corporate comm department. Semua kerja kena jugak kaut...nak kata tamak tu takdele tp takde pilihan. Sepatutnya kerja tu dibuat sebanyak 5-6 org tp last last aku ngan ofismate aku yg kena buat. Sebab sorang tumbang sebab sakit, dan yang lain tu nak tunjuk kuasa tp tak kuasa aku nak layan masa tu. Oleh kerana aku buat dgn hati yg ikhlas...rating bhg registration yg dapat comment satisfaction paling tinggi dari klien. Nko ado? Kembang kejap walaupun mas tu mmg aku dah kembang pon..ngeeee..! Berbaloi mmg berbaloi walaupun penat. 

Masa kandungan 5 bulan jugakle pasangan bercinta dok berlumba lumba nak kahwin bermula dengan sepupu aku bulan 12 disusuli pula dengan adik lelaki aku ayep bulan 2...dan ditutup pula dengan adik en suami, kira adik ipar aku lah pada bulan 3. Huisshhhhh....ke hulu hilir aku mase tu. Tp yang best nyer..tak pengsan pengsan sentiasa bertenaga..walaupun full blast sibuknya...cuma penat tu mmg le takyah ceritakan..kalau tak involve tak boleh sebab semuanya keluarga rapat!
Bila dikenang balik byk cabaran mase ngandongkan cameela....apa yang aku doakan ketika ngandong mmg aku yakin Allah telah kabulkan..syukur alhamdulillah. Doa ibu mengandung mmg mustajab itu mmg yakin. Kini kami hidup sendiri dgn cara kami sendiri. Kami gembira di sini. Lebih baik jauh tiada yg buruk sangka...daripada dekat tp ramai yang burok sangka. Niat aku baik tidak mahu keruhkan keadaan. Aku pegang peribahasa ni"biar ramai tp jgn sebumbung" fadhilah kamsah pon setuju. :) 

Kini baby yg ditunggu pon dah dilahirkan Dhia Cameela nama diberi yang bermaksud Sinaran Kesempurnaan. Dilahirkan pada 17 April 2012. Sudah 7 bulan pon die skrg. Pada awalnya aku berniat nak fully breastfeed tp mase die berumur 5 bulan susu badan sudah tidak dpt dipam dgn byk kerana kesibukan masa aku tidak dapat mengepam dgn teratur. Skrg die sudah dicampurkan dgn formula milk, S-26. Agak frust tp masih bersyukur die tidak kerap meragam, tidak kerap kembong dan tidak byk kerenah. Mungkin ketika mengandung haritu aku kerap membaca surahnyaasin dan surah amalan mengandong yg lain. Setiap kali lepas maghrib aku akan habiskan yaasin dan surah luqman dansentiasa berdoa agar cameela menjadi anak yg penyabar bijak dan berakhlak. 

 Weight: 4.08 kg
Height: 52 cm
Birth Time: 21.07 pm
Birth Type: Caesarean

Cameela skrg ni pon sudah diperkenalkan dgn puree food seawal 6 bulan. Die makan semua setakat ni. Aku mmg berusaha utk prepare food from home rather than processed food. Okay nanti kita sambung pasal baby food di entri yang lain. Memandangkan skrg sudah larut malm nk msuk ke pagi. Dah pukul 2.47 am....aku x boleh tdo lagi. Tak tau nape mungkin makan kurma tadi so system badan jadi bertenaga pulak. Cerah biji mata. Tp kena paksa gak to shut my eyes. Wassalam. Bismikallah humma ahyaa wa amut. Amiin.


 Love of my life = Dhia Zahraa + Deen Ghazi + Dhia Cameela

Monday, November 19, 2012

TAKZIAH DAN TAHNIAH


 AL-FATIHAH!

Salam TAKZIAH buat keluarga jiran kami, Pakcik Mokhtar kerana isteri kesayangannya telah kembali ke rahmatullah harini pada pukul 4.00 pagi tadi. Oo pakcik mokhtar nih sgt comel karekter die, kalau zahraa ngan deen tak keluar rumah pasti die panggil bebudak nih....ada jek barang die nak kasi kat bebudak ni...pepagi kalau zahraa ngan deen nak kuar gi sekolah die mesti panggil dan tegur dulu. Dulu die selalu ke kebun, kalau balik dari kebun pasti ada buah tangan utk kami anak beranak seperti pisang, nangka, betik dan ciku...best kan...ingatkan kalau dah duduk jauh dari rumah mertua kami dah tak merasa buahan tempatan lagi :). Pakcik mokhtar ni pon tidak berapa sihat orangnya. Dia menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi. Isteri die pula sihat cuma die pernah ada pembedahan di bahagian peha (masuk besi) sebab jatuh tak silap. So die bertongkat apabila berjalan. Owh isteri die pula sgt rajin memasak setiap hari pasti ada bau masakan yang dimasak utk pakcik mokhtar. mereka tinggal berdua sahaja. seawal pukul 10 pagi die sudah mula masak tengahari utk pakcik mokhtar. Owh nak cerita bulan puasa dan hari raya...sgt rajin die memasak..yang paling sedap adalah mee kari die dan rendang..sedap sgt!!! Kami tahu pakcik mokhtar pasti merasai kehilangan isterinya sebab die nyer kata kata harini "pakcik ingat pakcik yang pergi dulu sebab pakcik yang sakit, rupanya makcik yang pergi dulu". 

Baru baru nih pakcik mokhtar yang jatuh motosikal bila nak ke kebun. Sejak dari tu die tak lagi ke kebun. Selepas beberapa minggu die jatuh, die dimasukkan ke hospital sebab buah pinggang die ada jangkitan kuman. Adalah hampir 1 minggu lebih. Lepas die discharge, isteri die pula dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru paru. Siap die panggil zahraa ngan deen supaya kami mendoakan kesihatan isterinya. die panggil zahraa kakak...so 2 hari lepas die panggil "kakak, nenek tak kuar hospital lagi, nanti kakak doakan nenek cepat sembuh yek" sedihkan bila orang minta doakan kesihatan sesesorang. Owh aku sangat ralat sebab tidak berkesempatan nak melawat. Maklumlah ada baby. Lagipun hospital kerajaan ada timing utk melawat. Bila hujung minggu susah pulak tidak berkesempatan sebab suami pon bekerja. Lama jugak die adalah hampir 2 minggu dihospital sehinggalah hari ni arwah menghembuskan nafas yang terakhir.Tp ayat zahraa pagi ni "kesian atok mama, nenek dah takde nanti sape nak masakkan utk die? nanti kalau mama masak mama bagilah kat atok sikit tau". Lagi lah tersentuh bila dengar kata kata zahra...

Kami sekeluarga mengucapkan Salam Takziah dan kami mendoakan agar makcik ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AlFAtihah.

*******************************************************************************

ALHAMDULILLAH

Tahniah buat Syafiq Syahir utk KEPUTUSAN UPSR!! 

Pada pagi yang sama juga abang ipar kamarul di sarawak call..die gembira sebab anak sulong die telah mendapat 5A utk UPSR! Suka bukan main die...sebab die kate tak nampak syafiq belajar rileks jek mase nak periksa. Mama die suruh hafal sifir pon buat dek jek die. Rupanya diam ubi berisi....study smart! sebenarnya papa die dah tengok dulu result anak die.....menitik air mata papa die masa tgk result anak die.. kami pon tumpang gembira di sini. Dua kali die call kamarul sebab nak tuntut hadiah!!!! hahahahha kalau dah janji kena kotakan...die mintak PS2 amekaw....!  Kamarul mmg sayang anak sedara die. Insyaallah kalau takde apa apa kami akan ke Kuching melawat mereka disana.!!!! 

Kami tumpang gembira dengan kebolehan Syafiq!!!! CONGRATULATIONS!!!


Ni gambar tahun lepas mase spend time ngan mereka berdua.....dedua manja ngan syafiq...heheheh comel....!





Wednesday, November 07, 2012

TAHNIAH! Puan Sudah Naik Pangkat Sarjan....Beranak 3...

As salam,

Ini adalah topik yang pertama setelah sekian lama menyepi diri. Kenapa? Sebab dulu kan anak dua ..boleh handle kiri kanan tapi bila anak 3 dah tak berapa nak cekap sebab tangan ada dua so kena rotate le sorang pegang kiri, sorang pegang kanan, sorang lagi kena letak bawah...hehehhe (cemana tu?)...Tujuan menyepikan diri pon dulu adalah kerana masa yang tidak mencukupi kerana mengandung selama 9 bulan (mood bergaul takdak) dan ditambah pula dengan pantang selama 2 bulan dicampur pula dengan adjusting schedule setelah beranak 3. Itulah nikmatnya beranak kecil...kalau boleh semua anak2 minta dilayan tapi apakan daya diri sendiri pon tak terjaga.

Kenapa tak ambil maid? Hurm...pepaham ajelah kalau dah biasa buat kerja sendiri bila nak dilepaskan tanggungjawab harian kepada orang lain yang tak sama cara ngan kita mmg susah. Lagipon it's not easy dealing with people...lagi pening!!! Baik buat sendiri hati tak sakit. Lgpun takde privacy lah..byk benda nak kena jaga dan tak bebas. Memang penat beranak kecil..tapi ini sementara sahaja..bila dah besar besar nanti pepandai le mereka menjalankan tanggungjawab memasing. Bila fikir balik, bila ada maid nih, anak kurang buat kerja sendiri nanti die mengarah saje...bila die belajar buat sendiri...they will experience and become more expert tentang sesuatu...the important thing they will appreciate!

Bila hidup nih senang lenang saje tiada cabaran anak2 susah nak jadi kuat dan tabah. Memang le kita kate ala nanti anak2 akan jaga barang die tp possibility menyuruh maid menguruskan hal ehwal rumahtangga tu adalah amat tinggi. Yelah nanti kita sendiri pon berfikir ..eh aku dah bayar apasal nak suruh maid bersenang lenang pulak...kang maid naik lemak...susah pulak..maid jadi Tuan. Lagipon apa yang saya perasan, ambil maid ikut nasib ade tuh tukor sampai 5 kali baru dapat yang betol...itu kalau pakai agent..tp kalau uruskan sendiri belom tentu mereka sesuai dengan kita...kalau tak sesuai merana sampai habis contract mereka tp kalau tahan le..kalau tak tahan hantar balik kampong mereka..sape rugi ...?

Bila saya perhatikan semula ini adalah berkaitan dengan pengurusan masa, kalau pengurusan masa kita bagus..semua ditanggung beres betul tak?! 

 Heheh ini dulu la masa anak 2 beli groceries satu boleh letak bawah..cuba bayangkan mana nak letak sorang lagi yang sikecik tu...hehehhehhe



TAPI PEREMPUAN MMG HEBAT...BOLEH JEK HANDLE...ISSUENYA NANTI BERES DENGAN TAK BERES ANAK TETAP 3!! 
 

YEAH!! I CAN DO IT!!




Thursday, November 01, 2012

Haaaaacchoooooooo!!!! Fuuuuuuhhhhhh!!!!!

SUCH A LOOOOOOOOOOONGGGGG BREAK! sampai berhabok blog
So much to update but really tight with my daily task....
My last update was 16 months ago....that time i only have 2 kids Dhia Zahraa and Deen Ghazi and now sudah tambah lah little girl Dhia Cameela...she's about 6 month old. Okay lah..still thinking what to write..what to share..insyallah when everything under control , i'll start sharing what's in my head...

TATA...Muaahhhhhsss...

Monday, July 18, 2011

Gigi oh Gigi...sayangi sebelum terlambat....

owh sebenarnye byk gambo langkawi yang tidak di upload lagi disebabkan masalah kesihatan, commitment terhadap ofis dan rumahtangga dan diri sendiri. kah kah kah...(mcm bagus)...mcm lah ada orang nak nengok sgt heheheheh..tp apa salahnye lagipun nanti bile sesekali bukak balik post post yang di hupdate tuh sure tergelak nengok muke sendiri yang berangan di blog sendiri, dan karangan ayat yang perasan bagus tp tak berapa bagus. hehehheh

Oleh kerana harini takder mood sangat utk hupload gambo disebabkan GIGI SAKIT so kita nak citer pasal gigi lah. Kalau nak ikutkan gigi aku nih takde lah rosak byk cuma sebatang jek yang berlubang tp telah ditampal. Seumur hidup aku nih aku baru hilang 1 batang gigi sahaja tp die punye menyesal sebab cabut gigi geraham tuh sampai skrng nih terasa. rupenye rawatan akar atau Root Cannal treatment adalah alternatif kepada CABOT GIGI. mase aku cabut gigi aku yang sebatang tuh tak silap tahun 2005 kot...owhhh dah lama dah...AKU RASA SAYANGGGGGGG SGT...MENYESAL SGT...SEBUT SEBUT SAMPAI KE SUDAH....naper lah aku cabut sayang...dah ler sakit gile bile bius abis.

Punca gigiku itu dicabut adalah kerana gigi tersebut yang berlubang agak besar sehingga melibatkan lapisan pulpa...okay kite nengok gambo gigi kita yek (ada bakat jadi dentist ke nih...padahal bebanyak gambo rajah...gambo rajah gigi lah yang aku fail..sbb aku tak dapat bayangkan gigi yang putih tuh mempunyai nerve nerve yang ntah mana datangnyer...tetapi dalam hati aku tetap berkata SUBHANALLAH...sungguh detail ciptaaNya.....setiap benda / perkara yang diciptaNya utk manusia rupanya mempunyai functionnyer yang tersendiri...mari kita saksikan.....nah tu die..korang paham tak nih aku masih tak dapat bayangkan lagi nih....kekekkek (lembab!) aku nih jenis yang kena tengok visual sebenar baru paham kot...tp yang bertanda 'infected pulp' itu adalah yang aku maksudkan bila dah berlobang besor giginye maka ia adalah dalam dan itulah yang menyebabkan bila gigi atas berlaga dengan gigi bawah maka sakitnye sehingga ke urat mata...SAKITTTTT wei....SAKITTTTT...!
Cerita gigi aku berlubang dan dicabut tidak terhenti disitu saja..setelah hampir 4 tahun dicabut maka geraham yang lagi satu pula berlubang dan ditampal pada 2009. aku ingat kalau dah ditampal dah tiada masalah lain lagi...rupenye ada lagi cerita gigi sakit nih...gigi yang ditampal tuh boleh pulak sakit tetiba padahal die nyer tampalan tuh takder lah tercabut ke pecah ke...yelah masa aku tampal haritu pon doktor dah kata berlubang die beso tp doctor tampal dulu tp kalau lepas tampal nih sakit jugak maksudnye kena buat ROOT CANNAL. tp lama jugak lah selepas ditampal baru tahun 2011 nih die sakit balik...hrmmm kira dentist tuh pon jujur gak kalau setengah dentist mesti tahun 2009 tuh aku dah buat ROOT CANNAL dan melayang duit aku ler..! So pagi nih aku pegi klinik yang sama utk mendapatkan rawatan...sangkaan aku meleset, ingatkan gigi aku itu akan ditampal rupenye mmg doctor suggestkan aku buat ROOT CANNAL utk mematikan akar supaya gigi yang sakit tuh tak sakit dah....so doktor kater aku kena buat appointment dulu sblm buat rawatan dan doctor bekalkan antibiotik dan ponstan utk tahan sakit.....

So sebelum makan antibiotik yang diberi dentist pagi nih tadi , aku kena pastikan perot aku berisi...semua makanan aku takot nak masuk..makan roti yg lembut pon sakit sbb gigi tidak boleh berlaga..kalau berlaga ada GENJATAN LETRIK... so aku hanya makan half boiled eggs ah speking!...telur setengah masak le..tp kalau family aku panggil telur cair.....aku mmg suke telur tak kira keras ke cair ke hancur ke...sunny side up ke..owh sunny side up tuh telur mata lembu kekekkeke apasal tak mata kucing? sbb mata kucing tuh sejenis buah nanti orang keliru... hehehhe owh telur dadar pon aku suke makan ngan sardin eh aku dah nyimpang citer pasal telur lak nih..sambung balik ... aku minum bersama air teh suam...sbb yang sejuk tak boleh wei terasa mcm GENJATAN ELECTRIK....aku dah try dah...aku mmg jarang sgt sakit gigi boleh dikira lah selang 3 tahun jek aku sakit.....itupun masalah gigi berlobang le. masalahnye aku dah tampal dah gigi aku nih tampal die okay jek tak tercabut tp aku tak tau mana plak datang sakit nih...sesenang jek doctor suggest kan buat ROOT CANNAL sbbnye nak matikan akar gigi yang masalah itu. Cost utk ROOT CANNAL tuh lebih kurang RM500...itu belum campur dengan buat crown mahu menelan belanja sehingga RM700++....alamak itulah sbb tak jaga gigi kan dah nak keluarkan duit sebanyak itu....BOLEH DAPAT MEMACAM TAU HANDBAG KE ...heehehehh skang nih nak pakai duit tuh beli handbag tp gigi sakit atau buat ROOT CANNAL TP GIGI SAKIT....(buatlah pilihan yang bijak....duit boleh cari lagi...gigi mana boleh carikan)..eh aku masih tak dapat bygkan cemana gigi aku berlubang sbb yang cek gigi aku itu adalah dentist die jek yang tau betapa hodohnye gigi aku....hehehhehe......tp aku ada gambo utk gigi berlubang nak nengok tak...
banyaknye lobang...hehehh nih bukan gigi aku lah...gigi aku yang sakit tuh gigi geraham atas dan bukannye banyaktuh lobang die..takkan nak soh dentis ambil gambo gigi aku utk diupload ke dalam blog aku...buat nyer die buat extra charges plak dgn alasan di luar bidang kebolehan dentis...kekekke..abis tuh dah gambo itu jek yang ada...rupenye gigi yang berlubang tuh akan berlubang ditengah tengah...bila dah berlubang haruslah kena kat akar gigi kan...itu sebab sakit kot...ini aku punya andaian lah...oleh kerana ia telah berlubang dan menyebabkan pulpa terkena jangkitan maka haruslah membuat RAWATAN AKAR atau Root Canal Treatment yang bertujuan untuk mematikan akar gigi yang sakit itu. Rawatan salur akar ini juga dibuat supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi. yelah kalau sebatang lagi aku nak cabut dah hilang lah seri muke nih nanti cemana......kekekkekek...NANTI SENYUM DAH TAK SEINDAH SURIA PULAK..eh dah alang alang citer pasal gigi kan ...cuba bayangkan kalau aku cabot gigi aku jugak kan... rupenye i'm not the only one who is RONGAK heheheheh mari kita saksikan...
>>>>>
>>>>>
>>>>>
??
??
??
??
??
??
??
?????????
?????
DOWN FURTHER
????
????
????
????
??????????????????????????
????
A LITTLE FURTHER
?????
???
???
???
???
???
ALMOST THERE>>>>>>>>>>>>
????
????
????
????
??? ......and...
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Look at this wild and hot PARIS HILTON...she lost her tooth but still look sexy .....my suggestion is why just don't her buy a PLATINUM TOOTH..more wealthy look..!!! blink blink gitu...


Owh Ms Sweet Lady , Kirsten Dunst...she is sweet and cute....still remembered she's played with Tom Cruise and Brad Pitt in INTERVIEW WITH THE VAMPIRE....unfortunately she lost her 2 front teeth..but still sweet with her dimple smile!

owh look at this one also Mr Cheeky Pirate...also lost his tooth...is it because of the Pirate of the Carribean movie he lost that tooth? if it's true...worth it lah he got payed for it! kakakkakk and still got place in his fan's heart..
the talented Dakota Fennings...owh she's grown up! since i saw her movie in Legally Blonde...also lost her tooth....

Ha nengok tuh semuanya telah terbukti..gigi bukan penghalang utk mengejar impian...kekekkeke (my motivation only nih) heheheh kesimpulannye kalau rajin aku hupdate cemana Root Cannal Treatment dibuat yek......
Blog Widget by LinkWithin