Monday, November 01, 2010

Suratan Yang Telah Tersurat

Rasenyer sudah lama tidak update kan...tetiba aku nak bercerita tentang bahagian masing masing yg telah ditentukan olehNya. Setiap manusia ada rezeki dan jodoh yang telah tertulis untuk mereka. Di sini bukanlah aku ingin mengaibkan sesiapa tetapi sebagai panduan dan iktibar dalam menjalani kehidupan yang penuh dugaan. Bila kita lihat kesusahan orang lain barulah kita rasa amat bersyukur dgn kehidupan kita yang ada....mmg lah bila kita lihat kesenangan orang lain juga kita akan mengidamkan kesenangan seperti mereka juga....tp kita tidak tahu samada mereka bahagia atau tidak dengan kesenangan mereka.

Alhamdulillah, aku mmg dikelilingi ramai kawan baik dan understanding. Tipulah kalau aku kata kami tidak pernah berselisih faham....tp kami akan baik semula sehingga hari ini....aku sgt sayang kawan kawanku kebanyakan mereka ada yang telah berumahtangga. Aku juga sgt rindukan ketika zaman bujang dahulu..byk benda yg kami share bersama dari pinggan hingga ke bantal hahahhah termasuklah transport dan apa jua kita share dari benda baik hingga benda bodoh yelah muda...semuanya seronok...sgt happy mase tuh..hehehh tp apakan daya it was an HISTORY.....and the memories remains unsame.....tp kini masa utk sesama kami amatlah LIMITED. Bagi aku Priority bukan lagi kawan2 tetapi FAMILY. Masa yang ada ini perlu dibahagikan utk suami, anak2, keluargaKU dan keluarga mertua dan diri sendiri. Byk pengorbanan yang perlu dibuat dan dibahagikan agar INSTITUSI KELUARGA kami di uruskan dengan lancar. (merepek ker) tp itulah HAKIKAT. Alhamdulillah, setakat ini KAMI BAHAGIA Begitu juga kawan2ku ada juga aku terdengar kawanku yang BAHAGIA dan ada juga yang tidak BAHAGIA tp itu semuanya telah tertulis dan setiap DUGAAN untuk kitalah yang membuatkan kita belajar tentang KEHIDUPAN.

Ada seorang kawanku ini, aku rase dialah org yang paling sabar melayan kerenah anak anak dan suami. Orangnya rajin sembahyang...bukan yang wajib sahaja yang dibuat tetapi yang sunat juga dikerjakan. Segala keperluan suami dan anak anak akan disediakan...seperti baju kerja dari tali leher hingga stokings semua telah tersedia rapi setiap pagi di atas katil lengkap bergosok.....anak anak juga di jaga rapi.....sarapan disediakan bukan yang SEGERA seperti roti dan cereal tetapi nasi goreng , cekodok yang perlu dibancuh sendiri. Bila hujung minggu....semuanya telah LENGKAP dari Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan Dinner...semuanya telah READY. Sgt beruntung. Itu belum tidur anak anak...disapunya minyak angin di kaki dan disarungkan stoking agar anak tidak sakit setiap malam walaupun anak sudah berumur belasan tahun. Dia juga seorang pemurah, masa aku mengandungkan Zahraa selalu die bekalkan aku cekodok atau lempeng pisang sbb dia tahu aku suka makan kuih yg dibuat dari pisang. hehehhe.....wpun pada sesetengah orang benda ini biasa tp pada aku ini adalah luar biasa bagiku.

Satu hari suami kawanku ini telah ditransfer ke luar negeri kerana ada projek di sana. Tetapi dia dan anak anak tinggal di KL. Setelah setahun suaminya di sana...tergerak hatinya utk melawat suaminya di luar negeri. Maklumlah ke luar negeri sudah pasti ada gambar kenangan yang akan dibawa pulang ke KL nanti. Apabila sampai di KL, dengan tidak sengaja camera kepunyaan suaminya telah dibawa pulang bersama oleh anak lelakinya. Apabila ke kedai gambar utk dicuci, gambar tersebut seoalah telah di delete kesemuanya...nasib baiklah pekerja di kedai gambar tersebut pandai...die dapat retrieve semula ke semua gambar yang diambil....namun alangkah terkejut bukan setakat gambar mereka sekeluarga tetapi gambar suami bersama gadis lain juga ada bersama. Mmg luluh lah hati isteri apabila melihat ke semua gambar tersebut.

Hidupnya jadi tidak menentu....semuanya hancur, badan susut mendadak...jiwa jadi tidak menentu....Alhamdulillah, tapi berkat amalan yang diamalkan seperti sembahyang wajib, bacaan yassin setiap malam dan juga sembahyang sunat yg dikerjakan setiap malam ..... jiwanya kembali kuat. dan juga demi anak anak die masih lagi meneruskan hubungan sebagai suami isteri....tp bukan dalam masa yang singkat ia mengambila masa sehingga 2 tahun utk kembali bangun dan kuat. Sejak dari kejadian itu dia ikut ke mana jua suami nya pergi dari Asia ke Eropah. Tp yang aku respect die masih melayan suaminya seperti biasa sebelum dikhianat dulu.

Berbeza pula dengan nasib kawanku yang seorang ini. Umurnya sebaya denganku dan mempunyai 2 orang anak perempuan. I know her since my first job di Batu Caves. Anehnya kami jarang lunch bersama tetapi bila ada activity office seperti bola jaring kami sentiasa bersama. Kami pernah di offer utk menjadi model utk kilang pewarna rambut terkenal, WELLA. Dan dari situlah juga kami bertambah rapat. Orangnyer sgt periang...happy dan wpun anak 2 die maintain seperti dulu....hehehe...Aku sgt jarang berjumpa dengan kawan aku nih wpun kami jarang berjumpa tetapi kami masih keep in touch thru phone and FB.

Baru baru ini dia ada PM aku di FB dan memberikan khabar sedih bahawa die telah menjadi BALU sebulan yang dulu. Suaminya telah dilanggar lari oleh pemandu Cina berumur 27 thn dari arah bertentangan menyebabkan kereta pemandu tersebut jatuh dan merempuh bahagian kanan kereta suaminya dan remuk dan menyebabkan suaminya parah dan maut di tempat kejadian.

Pada kebiasaannya, suaminya akan menelefon kawanku sekerap 10 kali sehari tetapi pada hari kejadian suaminya tidak menelefon kawan ku ini seharian. Kebetulan pada waktu itu juga kawanku menangguhkan utk membeli kredit kerana mengharapkan suaminya telefon dan mmg suaminya akan pulang utk makan malam. Pada malam kejadian, die mendapat panggilan dari suaminya, malangnya bukan suaminya yang call tetapi pemandu motorsikal yang berada disitu menelefon kawanku ini dan memberitahu bahawa suaminya mendapat kemalangan di Jalan Mahameru. Alangkah ralatnya die ketika itu kerana Nasi Goreng Ayam kegemaran suaminya yang telah dihidangkan utk makan malam telah tersedia namun tidak dijamah pada malam itu. Kawanku itu mmg amat terkejut sehingga sampai di HKL utk dibedah siasat juga die diam tanpa airmata...

Aku juga sangat terkejut bila mendengar berita itu dan terbyg muka 2 orang anaknya yang lebih kurang umur anak anakku. Mmg sgt sedih bila mengenangkan mereka pada usia yang sgt muda telah kehilangan DADDY yang disayangi. apa yang mereka tahu.....dan bagaimana kawanku ingin jelaskan kepada anak anak terutama yang kecil itu setiap kali ingin tidur akan bertanya..."Bila DADDY nak balik?" wpun kedua2 mereka ada bersama ketika jenazah dikebumikan. Setiap kali kawanku bercerita tentang mereka aku akan menangis bersama...bukan ingin menunjukkan kesedihanku tetapi terbayang pula jika aku duduk ditempat kawanku...boleh kah aku SETABAH die...wpun luaran die nampak tenang...tetapi dlm siapa yang tahu. Byk kenangan yang dilalui bersama.

Alhamdulillah, Allah sgt sayangkan hambanya...wpun die mengambil suaminya tetapi dia bukan ditinggalkan dalam keadaan beban....rumah 2 buah yang dibeli oleh mereka telah diinsuranskan atas nama arwah suami. Mengikut rules..jika nama diinsuranskan atas nama simati..maka automatically rumah2 itu tidak perlu dibayar. Kereta juga telah habis dibayar dan die juga mendapat pampasan 48 kali gaji oleh majikan suami. So pada aku, sempatlah die utk pulihkan semangat dan bangun semula utk menjalani hidup seperti biasa. Tapi dia akan berhijrah ke Ipoh tempat keluarga mertuanya kerana itulah amanat terakhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dont worry, wpun keluarga mertua...tetapi hubungan kawanku dengan mertua sgt baik.



Apabila aku melihat dugaan masing masing yang telah ditetapkan olehNYA, membuatkan aku lebih appreciate apa yang aku ada dan rase bersyukur dengan apa yang kami ada. Melihat kepada suratan yang tersurat ini aku sentiasa berdoa "Jika engkau memberikan kami dugaan ini utk menguatkan iman kami, maka engkau kuatkanlah iman kami untuk menempuhnya dan jangan engkau pesongkan iman kami dan kau jadikanlah hati kami sentiasa bersatu agar kami hidup bahagia dan harmoni sentiasa di dalam hidayahMU." Amin.

3 comments:

Filla said...

Al-Fatihah untuk arwah... semoga Fazi tabah.. baca entry ko memang entry untuk motivate diri! aku pon stuju mie... sayang kat ko and semua kengkawan kita!

Mimie Ishak said...

Al fatihah! sapalah tak sayang kawan wei...lebih lebih lagi kalau kawan kita itu baik kan....aku pon sgt sayang kengkawanku tidak kira jauh atau dekat.... :)

OUR DESTINY said...

Agak emosi.. Teringat kisah Eddie & arwah wife dia... Sigh~~

Blog Widget by LinkWithin