Friday, November 23, 2012

Kisah 3rd Pregnancy

 Ha masa nih kami cuma berempat saje, baby dalam perot..nampak tak?hahahha
Since Cameela were born my life has become super busy! Mana taknye lepas Deen, hampir 5 tahun aku tak ngandong...tup tup aku ngandong semula..rasenye jauh sgt jarak ni sebab aku dah comfort hidup tanpa baby. Tulah dok tangguh tangguh kan dah lama sgt... Ingat lagi masa memula conceive aritu july 2011, masa memula dapat tau yg aku pregnant aku tertanya tanya eh boleh ke ni aku hadapi? Mmg kena teruskan le kan..masa ngandong cameela aritu..hidup aku padat dan active..boleh dikatakan semua tanggungjawab aku kena uruskan sebab en suami kerap outstation. Org kate sayangkan isteri tinggalkan...mmg kena tinggal selalu..paling lama 1 bulan paling kerap 2 minggu. 
 
Kebetulan pulak kat opis mase tu kena handle event utk client. Mmg ligat le aku ke sana ke mari. Jadual harian menjadi penoh: Pagi: bergegas hantar zahraa dan deen ke rumah babysitter pastu terus pegi keje. Tghri: waktu lunch bergegas kutip zahraa dr rumah babysitter hantar ke Genius Aulad wangsa maju Petang nak ke maghrib: kutip zahraa dan deen dr rumah babysitter bawak balik umah. Hwaaaa sgt penat dan ditambah dgn mabok first trimester...pengsan! 

Bila kandungan sudah masuk 5 bulan, opis aku tgh sibuk menguruskan workshop utk klien. Aku kira jadi org kuat yg kurang upaya...cemana tu? Arggghh kalau ingat hebat jugak peranan masa tu..tp bila difikir balik bluweeekkkk! Mana taknya aku kena travel ke melaka sebab event tu was held at melaka. Aku masa tu bukan setakat incharge registration for 152 govt klien from various agencies and PBT seluruh malaysia tetapi segala kerja belakang tabir semua aku tibai(dalam hati: semoga cameela kuat macam mama). Company aku mana ade corporate comm department. Semua kerja kena jugak kaut...nak kata tamak tu takdele tp takde pilihan. Sepatutnya kerja tu dibuat sebanyak 5-6 org tp last last aku ngan ofismate aku yg kena buat. Sebab sorang tumbang sebab sakit, dan yang lain tu nak tunjuk kuasa tp tak kuasa aku nak layan masa tu. Oleh kerana aku buat dgn hati yg ikhlas...rating bhg registration yg dapat comment satisfaction paling tinggi dari klien. Nko ado? Kembang kejap walaupun mas tu mmg aku dah kembang pon..ngeeee..! Berbaloi mmg berbaloi walaupun penat. 

Masa kandungan 5 bulan jugakle pasangan bercinta dok berlumba lumba nak kahwin bermula dengan sepupu aku bulan 12 disusuli pula dengan adik lelaki aku ayep bulan 2...dan ditutup pula dengan adik en suami, kira adik ipar aku lah pada bulan 3. Huisshhhhh....ke hulu hilir aku mase tu. Tp yang best nyer..tak pengsan pengsan sentiasa bertenaga..walaupun full blast sibuknya...cuma penat tu mmg le takyah ceritakan..kalau tak involve tak boleh sebab semuanya keluarga rapat!
Bila dikenang balik byk cabaran mase ngandongkan cameela....apa yang aku doakan ketika ngandong mmg aku yakin Allah telah kabulkan..syukur alhamdulillah. Doa ibu mengandung mmg mustajab itu mmg yakin. Kini kami hidup sendiri dgn cara kami sendiri. Kami gembira di sini. Lebih baik jauh tiada yg buruk sangka...daripada dekat tp ramai yang burok sangka. Niat aku baik tidak mahu keruhkan keadaan. Aku pegang peribahasa ni"biar ramai tp jgn sebumbung" fadhilah kamsah pon setuju. :) 

Kini baby yg ditunggu pon dah dilahirkan Dhia Cameela nama diberi yang bermaksud Sinaran Kesempurnaan. Dilahirkan pada 17 April 2012. Sudah 7 bulan pon die skrg. Pada awalnya aku berniat nak fully breastfeed tp mase die berumur 5 bulan susu badan sudah tidak dpt dipam dgn byk kerana kesibukan masa aku tidak dapat mengepam dgn teratur. Skrg die sudah dicampurkan dgn formula milk, S-26. Agak frust tp masih bersyukur die tidak kerap meragam, tidak kerap kembong dan tidak byk kerenah. Mungkin ketika mengandung haritu aku kerap membaca surahnyaasin dan surah amalan mengandong yg lain. Setiap kali lepas maghrib aku akan habiskan yaasin dan surah luqman dansentiasa berdoa agar cameela menjadi anak yg penyabar bijak dan berakhlak. 

 Weight: 4.08 kg
Height: 52 cm
Birth Time: 21.07 pm
Birth Type: Caesarean

Cameela skrg ni pon sudah diperkenalkan dgn puree food seawal 6 bulan. Die makan semua setakat ni. Aku mmg berusaha utk prepare food from home rather than processed food. Okay nanti kita sambung pasal baby food di entri yang lain. Memandangkan skrg sudah larut malm nk msuk ke pagi. Dah pukul 2.47 am....aku x boleh tdo lagi. Tak tau nape mungkin makan kurma tadi so system badan jadi bertenaga pulak. Cerah biji mata. Tp kena paksa gak to shut my eyes. Wassalam. Bismikallah humma ahyaa wa amut. Amiin.


 Love of my life = Dhia Zahraa + Deen Ghazi + Dhia Cameela

2 comments:

nini said...

Amboiihhh bz nyeee akak,,,,

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Blog Widget by LinkWithin