Monday, November 19, 2012

TAKZIAH DAN TAHNIAH


 AL-FATIHAH!

Salam TAKZIAH buat keluarga jiran kami, Pakcik Mokhtar kerana isteri kesayangannya telah kembali ke rahmatullah harini pada pukul 4.00 pagi tadi. Oo pakcik mokhtar nih sgt comel karekter die, kalau zahraa ngan deen tak keluar rumah pasti die panggil bebudak nih....ada jek barang die nak kasi kat bebudak ni...pepagi kalau zahraa ngan deen nak kuar gi sekolah die mesti panggil dan tegur dulu. Dulu die selalu ke kebun, kalau balik dari kebun pasti ada buah tangan utk kami anak beranak seperti pisang, nangka, betik dan ciku...best kan...ingatkan kalau dah duduk jauh dari rumah mertua kami dah tak merasa buahan tempatan lagi :). Pakcik mokhtar ni pon tidak berapa sihat orangnya. Dia menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi. Isteri die pula sihat cuma die pernah ada pembedahan di bahagian peha (masuk besi) sebab jatuh tak silap. So die bertongkat apabila berjalan. Owh isteri die pula sgt rajin memasak setiap hari pasti ada bau masakan yang dimasak utk pakcik mokhtar. mereka tinggal berdua sahaja. seawal pukul 10 pagi die sudah mula masak tengahari utk pakcik mokhtar. Owh nak cerita bulan puasa dan hari raya...sgt rajin die memasak..yang paling sedap adalah mee kari die dan rendang..sedap sgt!!! Kami tahu pakcik mokhtar pasti merasai kehilangan isterinya sebab die nyer kata kata harini "pakcik ingat pakcik yang pergi dulu sebab pakcik yang sakit, rupanya makcik yang pergi dulu". 

Baru baru nih pakcik mokhtar yang jatuh motosikal bila nak ke kebun. Sejak dari tu die tak lagi ke kebun. Selepas beberapa minggu die jatuh, die dimasukkan ke hospital sebab buah pinggang die ada jangkitan kuman. Adalah hampir 1 minggu lebih. Lepas die discharge, isteri die pula dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru paru. Siap die panggil zahraa ngan deen supaya kami mendoakan kesihatan isterinya. die panggil zahraa kakak...so 2 hari lepas die panggil "kakak, nenek tak kuar hospital lagi, nanti kakak doakan nenek cepat sembuh yek" sedihkan bila orang minta doakan kesihatan sesesorang. Owh aku sangat ralat sebab tidak berkesempatan nak melawat. Maklumlah ada baby. Lagipun hospital kerajaan ada timing utk melawat. Bila hujung minggu susah pulak tidak berkesempatan sebab suami pon bekerja. Lama jugak die adalah hampir 2 minggu dihospital sehinggalah hari ni arwah menghembuskan nafas yang terakhir.Tp ayat zahraa pagi ni "kesian atok mama, nenek dah takde nanti sape nak masakkan utk die? nanti kalau mama masak mama bagilah kat atok sikit tau". Lagi lah tersentuh bila dengar kata kata zahra...

Kami sekeluarga mengucapkan Salam Takziah dan kami mendoakan agar makcik ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AlFAtihah.

*******************************************************************************

ALHAMDULILLAH

Tahniah buat Syafiq Syahir utk KEPUTUSAN UPSR!! 

Pada pagi yang sama juga abang ipar kamarul di sarawak call..die gembira sebab anak sulong die telah mendapat 5A utk UPSR! Suka bukan main die...sebab die kate tak nampak syafiq belajar rileks jek mase nak periksa. Mama die suruh hafal sifir pon buat dek jek die. Rupanya diam ubi berisi....study smart! sebenarnya papa die dah tengok dulu result anak die.....menitik air mata papa die masa tgk result anak die.. kami pon tumpang gembira di sini. Dua kali die call kamarul sebab nak tuntut hadiah!!!! hahahahha kalau dah janji kena kotakan...die mintak PS2 amekaw....!  Kamarul mmg sayang anak sedara die. Insyaallah kalau takde apa apa kami akan ke Kuching melawat mereka disana.!!!! 

Kami tumpang gembira dengan kebolehan Syafiq!!!! CONGRATULATIONS!!!


Ni gambar tahun lepas mase spend time ngan mereka berdua.....dedua manja ngan syafiq...heheheh comel....!





No comments:

Blog Widget by LinkWithin